Saya Sudah Diperkosa 30 Kali, Tidak Ada Waktu Untuk
Istirahat dan Makan [Foto Lengkap] – Dianggarkan 5,000 hingga 7,000 wanita
ditahan di pusat-pusat tahanan sementara ISIS, di mana mereka diambil dan
dijual sebagai hamba atau diserahkan kepada pemimpin dan anggota kumpulan jihad
sebagai gundik. Seorang gadis yang dipaksa menjadi hamba seks oleh anggota kumpulan militan Negara Islam Iraq dan
Syria (ISIS), merayu rumah pelacuran tempat dia ditahan dibom, setelah mendakwa
dirogol 30 kali oleh beberapa anggota militan.
Difahamkan, mangsa yang identitinya tidak didedahkan itu,
ditahan sebagai tawanan jihad di suatu lokasi di barat Iraq, oleh anggota
militan ISIS ketika tragedi pembunuhan beramai-ramai Sinjar, awal Ogos lalu.
Mangsa dikatakan telah menghubungi sebuah kumpulan aktivis Kurdistan yang
dikenali sebagai ‘Peshmerga Kurdi’ melalui telefon, untuk memohon sebuah rumah
pelacuran yang mengumpulkan wanita dijadikan hamba seks, dibom bagi menamatkan kesengsaraan mangsa.
Selain diperkosa, dia juga mendakwa didera, termasuk
tidak dibenarkan menggunakan tandas.
Menurutnya, pengalaman pahit itu begitu menakutkan
sehingga dia merancang membunuh diri, walaupun setelah dibebaskan kelak.
Pengalaman perit mangsa itu didedahkan seorang aktivis Kurdistan, ketika ditemu
bual BBC di London.Aktivis dikenali sebagai Karam itu ditemui ketika menyertai
demonstrasi di United Kingdom, semalam, untuk meningkatkan kesedaran orang
ramai terhadap nasib wanita di Timur Tengah.
Karam mendakwa, panggilan telefon mangsa dijawab rakannya,
seorang aktivis kumpulan
‘Peshmerga Kurdi’. “Jika anda tahu di mana kami, sila bom
kami. Tidak ada kehidupan selepas ini. Saya akan membunuh diri, kerana ramai
telah membunuh diri mereka, pagi ini.
“Saya telah dirogol 30 kali dan tiada waktu rehat untuk
makan tengah hari. Saya tidak boleh pergi ke tandas. Sila bom kami,” cerita
Karam yang memetik keluhan mangsa yang tidak henti menangis dalam perbualan
telefon berkenaan.